Roslan Aziz diberikan masa tiga bulan untuk menggubah lagu-lagu dalam muzikal "The Secret Life Of Nora". Menampilkan tiga belas lagu baru, muzikal ini juga menyusun semula lagu klasik "Siapa Dia" dan "Tiru Macam Saya". Sentiasa mengagumi kualiti produksi yang diterbitkan Enfiniti Vision Media, Roslan tidak berfikir panjang apabila ditawarkan tugas sebagai pengarah muzik.
Tanggungjawab serupa pernah dilunaskan untuk muzikal "Puteri Gunung Ledang" dan "P.Ramlee" musim kedua. Lagu-lagu baru dicipta San Weng Onn dengan lirik tulisan Alfian Sa'at untuk Bahasa Melayu dan Jerome Kugan untuk Bahasa Inggeris. Bakal direalisasikan dengan lapan pemuzik dan enam penyanyi latar, Roslan menjanjikan pembaharuan dalam muziknya yang menerapkan elemen fusion.
Bakal dipentaskan di istana budaya pada 29 september, "The Secret Life Of Nora" diterajui datin seri Tiara Jacquelina, Ryan Silverman, Aznil Nawawi, Adibah Noor Dan Tony Eusoff.
No comments:
Post a Comment