Friday, September 23, 2011

SAYA BUKAN BUNUH DIRI - MARSHA


Marsha mengakui dia memang putus cinta tetapi kekecewaan itu tidak sampai mahu membunuh diri. Bintang "Akademi Fantasia 3" ini menjelaskan dia mempunyai masalah kesihatan sejak November 2009.

Marsha dikatakan cuba membunuh diri pada 7 September lalu apabila dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Menurut laporan awal, dia mengambil pil berlebihan mencecah 30 biji. Marsha mengakui dia sememangnya berdepan dengan masalah peribadi. Namun, itu bukanlah penyebab untuk dia bertindak di luar kewarasan.

Masih di bawah pengawasan doktor, Marsha akan memulakan aktiviti seninya pada 23 September ini. Dia kini bernaung di bawah label Alibi Music dan diuruskan syarikat L-O-L Entertainment.

FACEBOOK NORMAN KRU DIGODAM


Norman Abdul Halim percaya sebab utama akaun sosialnya digodam kerana dia menyokong kuat usaha menyekat laman web cetak rompak. Begitu pun, dia tidak akan berdiam diri dan mengalah dengan niat jahat penggodam.

Sudah membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia, Norman berjaya mendapatkan semula akaun "Twitter" dan "Facebook" peribadinya. Manakala 12 lagi laman "Facebook" milik syarikatnya termasuk "KRU Studios" masih dalam proses untuk dikembalikan.

Menyifatkan ini satu penganiayaan, Norman mengesyaki perbuatan ini dilakukan mereka yang tidak setuju dengan usahanya menyekat laman muat turun percuma.

ROBERT PATTINSON INGIN BERGELAR PENYANYI


Mungkin ramai yang tidak tahu, Robert Pattinson sebenarnya bercita-cita menjadi artis rakaman. Namun, impian itu terpaksa dilupakan seketika kerana dia sibuk menjadi pontianak dalam siri filem "Twilight".

Kini, apabila tugasnya sebagai Edward Cullen hampir selesai, Pattinson menggunakan masa terluang untuk merakamkan album pertama. Sebelum ini, dua lagu nyanyiannya "Never Think" dan "Let Me Sign" turut dijadikan runut bunyi filem "Twilight".

Mahir bermain piano dan gitar, Pattinson juga bermain instrumen itu untuk album sulungnya. Sementara itu, "The Twilight Saga: Breaking Dawn" bahagian pertama bakal ditayangkan di Malaysia mulai 24 November.

BEYONCE LANCAR "PULSE"



Sejak hamil bayi sulung, Beyonce mengakui mengalami alahan kepada sesetengah bauan. Begitupun, ia tidak mengahalang penyanyi itu melancarkan wangian ketiganya, "Pulse". Padat dengan aktiviti promosi, Beyonce baru pulang dari United Kingdom sempena peragaan label rekaannya, "House of Dereon".

“This is very fresh. This is all about citrus, but it also has vanilla in the back. It is important for me for a fragrance not to just smell like one thing.” – Beyonce.

Alah kepada bawang, dia bagaimanapun selesa dengan "Pulse", campuran wangian sitrus dan vanilla. Sering ditemani ibunya, Beyonce juga dilengkapi panduan sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi pertama. Malah adiknya, Solange Knowles juga banyak memberi nasihat menjadi ibu yang baik.

“I have the best examples around me because my sister is the most incredible mother. My mother, I am so proud of her. I see her and I could cry every time I think about her because she is such an incredible woman so I just pray that I have the same bond with my children, child." - Beyonce.

Menganggap fesyen adalah sebahagian daripada hidup, Beyonce ingin kekal anggun dan bergaya walaupun semakin sarat mengandung.

“I think I have been trying to find things that of course are flattering to the silhouette. I think a woman's curves when she is pregnant are so beautiful. I don't want to get matronly and I still find things that are sensual and feminine and funky. I have been mixing different textures and suit jackets and blazers. I don't want to be in the same dress everyday.” - Beyonce.

Dua pewangi jenamanya sebelum ini ialah "Heat" dan "Heat Rush".

"SUPER HEAVY" GABUNGAN PENYANYI TERKENAL


Masing-masing sudah memiliki karier muzik cemerlang. Mick Jagger, Dave Stewart, Joss Stone, A.R Rahman dan Damian Marley bagaimanapun mengambil risiko untuk bergerak sebagai band yang dikenali "Super Heavy".

Merupakan idea Jagger dan Stewart, mereka tidak pernah menyangka band ini berupaya untuk direalisasikan atas faktor keserasian. Hasilnya, suara mereka dirakamkan dalam album yang merangkumi 12 buah lagu.


"We just were making music and if we didn't like it, then we wouldn't use it. So, you know. We just did it because we wanted to sort of do an experiment and that got more and more, sort of, developed, and more and more developed, until in the end this record appeared." - Dave Stewart


Tidak meletakkan kriteria dalam pemilihan anggota kumpulan, Jagger bagaimanapun memilih berdasarkan ego penyanyi tersebut.


"One thing serious that we did actually did think about, we didn't want people with loads of entourages and that would have too big of egos. Because in this kind of project, you have to sublimate your ego because if you are working as a group together, you have to, to some extent sublimate your ego. In this particular project even more than maybe you do in others, because everyone, no one knew what their places really were, their roles are. So everyone had to sublimate their egos to a large extent. - Mick Jagger


Album yang diberi judul "Super Heavy" itu kini sudah berada di pasaran.

HELEN MIRREN DALAM "THE DEBT"



Memainkan watak sama dalam filem "The Debt", Helen Mirren dan Jessica Chastain saling mengagumi. Mereka diberi tanggungjawab sebagai Rachel Singer di mana masing-masing menggambarkan watak wanita itu pada zaman berbeza.

Diarahkan John Madden, "The Debt" mengikuti kisah Singer dan Stephan yang merupakan bekas ejen rahsia "Mossad". Mirren tertarik dengan karya ini kerana jalan ceritanya.

Berpeluang untuk bekerjasama dengan nama besar Hollywood, Chastain merasakan dirinya amat bertuah. "The Debt" turut dibintangi Tom Wilkinson akan ditayangkan di United Kingdom 30 September ini.

VIENNA BOYS' CHOIR DI KUALA LUMPUR



Merupakan antara koir lelaki tertua dunia, Vienna Boys' Choir bakal beraksi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Koir yang menjadi simbol kebanggaan negara Austria itu akan dipersembahkan pada 3 dan 4 November ini.

Dibimbing pengarah artistik terkenal, Gerald Wirth, persembahan disempurnakan oleh 100 penyanyi dalam lingkungan usia 10 hingga 14 tahun. Dibawa oleh kedutaan austria dan bmw group malaysia, tiket dijual pada harga RM80 hingga RM300.

Selain konsert,undangan wirth turut membuka peluang kepada peminat koir tempatan untuk mempelajari teknik nyanyian bersamanya. Wirth akan berkongsi pengalaman menerusi tiga sesi bersama "Koir Jusz Kids", "Permata Seni Koir" dan "KL Children's Koir". Bengkel awam percuma itu bakal diadakan di Hotel Renaissance pada 23 dan 24 September ini.