Friday, September 23, 2011

SAYA BUKAN BUNUH DIRI - MARSHA


Marsha mengakui dia memang putus cinta tetapi kekecewaan itu tidak sampai mahu membunuh diri. Bintang "Akademi Fantasia 3" ini menjelaskan dia mempunyai masalah kesihatan sejak November 2009.

Marsha dikatakan cuba membunuh diri pada 7 September lalu apabila dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Menurut laporan awal, dia mengambil pil berlebihan mencecah 30 biji. Marsha mengakui dia sememangnya berdepan dengan masalah peribadi. Namun, itu bukanlah penyebab untuk dia bertindak di luar kewarasan.

Masih di bawah pengawasan doktor, Marsha akan memulakan aktiviti seninya pada 23 September ini. Dia kini bernaung di bawah label Alibi Music dan diuruskan syarikat L-O-L Entertainment.

FACEBOOK NORMAN KRU DIGODAM


Norman Abdul Halim percaya sebab utama akaun sosialnya digodam kerana dia menyokong kuat usaha menyekat laman web cetak rompak. Begitu pun, dia tidak akan berdiam diri dan mengalah dengan niat jahat penggodam.

Sudah membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia, Norman berjaya mendapatkan semula akaun "Twitter" dan "Facebook" peribadinya. Manakala 12 lagi laman "Facebook" milik syarikatnya termasuk "KRU Studios" masih dalam proses untuk dikembalikan.

Menyifatkan ini satu penganiayaan, Norman mengesyaki perbuatan ini dilakukan mereka yang tidak setuju dengan usahanya menyekat laman muat turun percuma.

ROBERT PATTINSON INGIN BERGELAR PENYANYI


Mungkin ramai yang tidak tahu, Robert Pattinson sebenarnya bercita-cita menjadi artis rakaman. Namun, impian itu terpaksa dilupakan seketika kerana dia sibuk menjadi pontianak dalam siri filem "Twilight".

Kini, apabila tugasnya sebagai Edward Cullen hampir selesai, Pattinson menggunakan masa terluang untuk merakamkan album pertama. Sebelum ini, dua lagu nyanyiannya "Never Think" dan "Let Me Sign" turut dijadikan runut bunyi filem "Twilight".

Mahir bermain piano dan gitar, Pattinson juga bermain instrumen itu untuk album sulungnya. Sementara itu, "The Twilight Saga: Breaking Dawn" bahagian pertama bakal ditayangkan di Malaysia mulai 24 November.

BEYONCE LANCAR "PULSE"



Sejak hamil bayi sulung, Beyonce mengakui mengalami alahan kepada sesetengah bauan. Begitupun, ia tidak mengahalang penyanyi itu melancarkan wangian ketiganya, "Pulse". Padat dengan aktiviti promosi, Beyonce baru pulang dari United Kingdom sempena peragaan label rekaannya, "House of Dereon".

“This is very fresh. This is all about citrus, but it also has vanilla in the back. It is important for me for a fragrance not to just smell like one thing.” – Beyonce.

Alah kepada bawang, dia bagaimanapun selesa dengan "Pulse", campuran wangian sitrus dan vanilla. Sering ditemani ibunya, Beyonce juga dilengkapi panduan sebagai persediaan menyambut kelahiran bayi pertama. Malah adiknya, Solange Knowles juga banyak memberi nasihat menjadi ibu yang baik.

“I have the best examples around me because my sister is the most incredible mother. My mother, I am so proud of her. I see her and I could cry every time I think about her because she is such an incredible woman so I just pray that I have the same bond with my children, child." - Beyonce.

Menganggap fesyen adalah sebahagian daripada hidup, Beyonce ingin kekal anggun dan bergaya walaupun semakin sarat mengandung.

“I think I have been trying to find things that of course are flattering to the silhouette. I think a woman's curves when she is pregnant are so beautiful. I don't want to get matronly and I still find things that are sensual and feminine and funky. I have been mixing different textures and suit jackets and blazers. I don't want to be in the same dress everyday.” - Beyonce.

Dua pewangi jenamanya sebelum ini ialah "Heat" dan "Heat Rush".

"SUPER HEAVY" GABUNGAN PENYANYI TERKENAL


Masing-masing sudah memiliki karier muzik cemerlang. Mick Jagger, Dave Stewart, Joss Stone, A.R Rahman dan Damian Marley bagaimanapun mengambil risiko untuk bergerak sebagai band yang dikenali "Super Heavy".

Merupakan idea Jagger dan Stewart, mereka tidak pernah menyangka band ini berupaya untuk direalisasikan atas faktor keserasian. Hasilnya, suara mereka dirakamkan dalam album yang merangkumi 12 buah lagu.


"We just were making music and if we didn't like it, then we wouldn't use it. So, you know. We just did it because we wanted to sort of do an experiment and that got more and more, sort of, developed, and more and more developed, until in the end this record appeared." - Dave Stewart


Tidak meletakkan kriteria dalam pemilihan anggota kumpulan, Jagger bagaimanapun memilih berdasarkan ego penyanyi tersebut.


"One thing serious that we did actually did think about, we didn't want people with loads of entourages and that would have too big of egos. Because in this kind of project, you have to sublimate your ego because if you are working as a group together, you have to, to some extent sublimate your ego. In this particular project even more than maybe you do in others, because everyone, no one knew what their places really were, their roles are. So everyone had to sublimate their egos to a large extent. - Mick Jagger


Album yang diberi judul "Super Heavy" itu kini sudah berada di pasaran.

HELEN MIRREN DALAM "THE DEBT"



Memainkan watak sama dalam filem "The Debt", Helen Mirren dan Jessica Chastain saling mengagumi. Mereka diberi tanggungjawab sebagai Rachel Singer di mana masing-masing menggambarkan watak wanita itu pada zaman berbeza.

Diarahkan John Madden, "The Debt" mengikuti kisah Singer dan Stephan yang merupakan bekas ejen rahsia "Mossad". Mirren tertarik dengan karya ini kerana jalan ceritanya.

Berpeluang untuk bekerjasama dengan nama besar Hollywood, Chastain merasakan dirinya amat bertuah. "The Debt" turut dibintangi Tom Wilkinson akan ditayangkan di United Kingdom 30 September ini.

VIENNA BOYS' CHOIR DI KUALA LUMPUR



Merupakan antara koir lelaki tertua dunia, Vienna Boys' Choir bakal beraksi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Koir yang menjadi simbol kebanggaan negara Austria itu akan dipersembahkan pada 3 dan 4 November ini.

Dibimbing pengarah artistik terkenal, Gerald Wirth, persembahan disempurnakan oleh 100 penyanyi dalam lingkungan usia 10 hingga 14 tahun. Dibawa oleh kedutaan austria dan bmw group malaysia, tiket dijual pada harga RM80 hingga RM300.

Selain konsert,undangan wirth turut membuka peluang kepada peminat koir tempatan untuk mempelajari teknik nyanyian bersamanya. Wirth akan berkongsi pengalaman menerusi tiga sesi bersama "Koir Jusz Kids", "Permata Seni Koir" dan "KL Children's Koir". Bengkel awam percuma itu bakal diadakan di Hotel Renaissance pada 23 dan 24 September ini.

CHRIS EVANS TIDAK MAHU WATAK STEREOTAIP



Mencari kelainan, Chris Evans tidak mahu dilihat melakonkan peranan yang stereotaip. Menjadi adiwira dalam "Captain America", Evans beralih sebagai peguam yang menagih dadah menerusi "Punture".

Berdasarkan kisah sebenar, "Puncture" menceritakan Mike Wiess yang mengendalikan kes pecah amanah dan monopoli peralatan perubatan. Evans menerima tawaran ini kerana membuka peluang kepada penghayatan watak berbeza.

Berskala kecil, "Puncture' diarahkan dua pengarah bersaudara, Adam dan Mark Kassen. "Puncture" dijadual tayangan di Amerika Syarikat pada 23 September.

FESTIVAL "ROCK IN RIO" KEMBALI


Kembali selepas sedekad meninggalkan Brazil, Festival muzik "Rock In Rio" yang menggabungkan penyanyi seperti Elton John, Katy Perry Dan Rihanna akan berlangsung sehingga 2 oktober ini. Kali terakhir diadakan di Brazil pada 2001, festival yang bermula 23 September akan diadakan di Rock City yang berkeluasan 150 ribu meter persegi. Melibatkan dua pentas gergasi, festival tersebut menawarkan kepelbagaian muzik. Festival selama tujuh hari ini turut disertai Stevie Wonder, Red Hot Chili Peppers, Metallica, Guns And Roses, Shakira Dan Coldplay. Merupakan penganjuran kali kesembilan, sebanyak 700,000 tiket telah habis dijual untuk peminat seluruh dunia.

CHERYL COLE TAK BERKECIL HATI


Sungguhpun dibuang sebagai juri " The X-Factor" versi Amerika, Cheryl Cole membuktikan dia tidak lagi berkecil hati. Cole yang muncul pada episod pertama program realiti itu disambut baik penonton. Digantikan oleh bekas anggota Pussycat Doll, Nicole Scherzinger, loghat Cole yang sebelum ini difikirkan menjadi masalah.

"I feel a real mixture of emotions. Very excited. Nervous. It's all new to me but ultimately hoping to find a superstar. To find a superstar is kind of hard to explain because you call-that's why they call it "The X-Factor, " if you like. It's that little something you can't quite put your finger on but you know. I know when I see the person that they have it." - Cheryl Cole

Scherzinger yang teruja di kerusi juri berharap dapat memberi inspirasi kepada peserta.

"The reason what I do what I do is to inspire, right? Artists are to inspire, people connect with other people. So I took on this job because I wanted - we are looking for the X factor so I wanted to find, for me the X factor is someone who is going to move me and inspire me." - Nicole Scherzinger

Episod pertama "The X-Factor" ditayangkan pada 21 September lalu di saluran FOX Amerika.

BRAD PITT BANTU BESBOL



Kesungguhan pengurus pasukan besbol "Oakland Athletics" membantu pasukannya menjadi inspirasi Brad Pitt membikin "Moneyball". Pitt mengetengahkan visi Billy Beane yang sukar diterima ahli pasukannya. Menggemari sukan besbol, Pitt memahami masalah utama yang dihadapi pemain pasukan yang dibayar gaji rendah.

"There were these themes underneath it. These guys that are stuck in an unfair game, there's rich teams that have 5,6,7 times their payroll and then there's them and how are they gonna compete? How are they gonna find an equal playing field? Because these guys are buying all the top players. – Brad Pitt.


Menggunakan kaedah unik untuk menilai persembahan pemain, usaha Beane bagaimanapun dilihat sebagai sukar dicapai.

“There were actually inefficiencies in the way we value players and so then it becomes a theme of value and how we value people and value ourselves and then they deploy this system by necessity again and take, you know they're labeled heretics and fools and run up against great opposition but in that time these underdogs they're able to push something together that's formidable and to change the game in the end." – Brad Pitt.


"Moneyball" mula ditayang di Amerika Syarikat pada 23 September.

JELAJAH "FEMME FATALE"


Selepas kejayaan konsert jelajah di Amerika Utara, Britney Spears membawa "Femme Fatale" ke negara-negara Eropah. Jelajah yang bermula pada 22 September, akan menyusuri Rusia, Hungary, Perancis, Jerman dan Britain.

Merupakan konsert jelajah ketujuhnya, Spears menerima respons positif yang menjadi pembakar semangat kepada kariernya selepas menjunam akibat masalah peribadi empat tahun lalu. Femme Fatale" yang berjaya di carta muzik ditujukan khas buat peminat wanita.

Masih mempunyai 35 persembahan sebelum jelajahnya tamat pada 10 disember di Puerto Rico, Spears perlu memastikan dirinya berada dalam keadaan sihat. Bakal berusia 30 tahun, Spears mencipta fenomena dunia pada 1999, selepas penerbitan album "Baby One More Time".

TAMAN TEMA "AVATAR"


Keindahan dunia fantasi pandora dalam "Avatar"...bakal dijadikan realiti. Sebuah taman tema di Orlando, Florida...akan dibina berdasarkan ilham pengarah James Cameron. Dijangka memulakan pembinaan pada 2013.... taman hiburan itu dijadualkan siap tiga tahun kemudian dengan kos 400 juta dolar. Cameron teruja menghidupkan dunia pandora dengan kerjasama Disney. Sedang menghasilkan filem kedua dan ketiga "Avatar"...taman tema itu bakal merangkumi elemen daripada ketiga-tiga filem. Cameron sebelum ini berpengalaman menghasilkan taman tema berdasarkan filem "Terminator 2" untuk Universal Studios. "Avatar" yang mengisahkan puak berkulit biru, Navi menjadi filem terlaris sepanjang zaman dengan kutipan 2.8 bilion dolar sejak ditayangkan pada 2009.

NATASHA HUDSON LANCAR SINGLE


Walaupun pernah dikecam tidak boleh menyanyi, Natasha Hudson tetap mahu membuktikan bakatnya. Pelakon cantik ini bakal muncul dengan tiga buah single...sebagai tanda dia serius bergelar artis rakaman. Baru selesai penggambaran filem "Langgar"...Natasha bakal melancarkan tiga single pada disember ini. Single bertajuk "Selamanya", "Jika Ku Ubah Dunia" dan "Destiny Bersiri" itu...turut diterbitkan dalam bentuk video muzik. Sementara itu, Natasha baru saja menubuhkan syarikat "Dream Cloud Productions" yang berusia tiga bulan. Ingin membiasakan diri dengan kerja-kerja di belakang tabir, dia mahu duduk di kerusi pengarah satu hari nanti. Natasha ditemui semasa sidang media "Malam Gala Seribu Bintang 2011" petang Khamis.

MALAM GALA SERIBU BINTANG 2011


Terus membantu anak seni yang memerlukan, "Malam Gala Seribu Bintang" merupakan inisiatif terbaru persatuan karyawan malaysia. Beberapa artis popular sudah pun menyatakan persetujuan, antaranya Maya Karin dan Neelofa.

"Malam Gala Seribu Bintang 2011" bakal menubuhkan tabung khas bagi artis-artis veteran. Dimeriahkan dengan kehadiran artis baru dan lama...antara agenda termasuklah persembahan daripada aishah dan Jamal Abdillah. Sementara itu, pereka terkenal Albert King bersetuju untuk menampilkan rekaannya...yang bakal digayakan Maya Karin, Vanidah Imran, Natasha Hudson, Neelofa Dan Dynas.

Karyawan turut berganding bahu bersama p-bank atau persatuan bencana alam Negeri Kedah Darul Aman dalam menjayakan makan malam ini. "Malam Gala Seribu Bintang 2011" bakal berlangsung diadakan pada 19 oktober di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Harga meja dijual pada harga RM3,000 sehingga RM50,000.

13 LAGU BARU UNTUK "NORA"


Roslan Aziz diberikan masa tiga bulan untuk menggubah lagu-lagu dalam muzikal "The Secret Life Of Nora". Menampilkan tiga belas lagu baru, muzikal ini juga menyusun semula lagu klasik "Siapa Dia" dan "Tiru Macam Saya". Sentiasa mengagumi kualiti produksi yang diterbitkan Enfiniti Vision Media, Roslan tidak berfikir panjang apabila ditawarkan tugas sebagai pengarah muzik.

Tanggungjawab serupa pernah dilunaskan untuk muzikal "Puteri Gunung Ledang" dan "P.Ramlee" musim kedua. Lagu-lagu baru dicipta San Weng Onn dengan lirik tulisan Alfian Sa'at untuk Bahasa Melayu dan Jerome Kugan untuk Bahasa Inggeris. Bakal direalisasikan dengan lapan pemuzik dan enam penyanyi latar, Roslan menjanjikan pembaharuan dalam muziknya yang menerapkan elemen fusion.

Bakal dipentaskan di istana budaya pada 29 september, "The Secret Life Of Nora" diterajui datin seri Tiara Jacquelina, Ryan Silverman, Aznil Nawawi, Adibah Noor Dan Tony Eusoff.